SUKAN MALAYSIA (SUKMA PERAK XIX 2018)

Pengadil dan hakim Sukan Malaysia Perak XIX  2018

15/9/2018-Sabtu

Daerah Gerik, Negeri Perak telah dipilih menjadi tempat pertandingan rasmi bagi Sukan Muay, SUKMA Perak XIX 2018. Sukan yang di tunggu-tunggu oleh komuniti sukan muaythai ini telah bermula pada 15 September 2018 dan akan berakhir pada 20 September 2018 ini.

Debaran kian terasa, kontinjen negeri menunjukkan pertarungan yang hebat untuk menyumbangkan pingat kepada negeri masing-masing. Siapakah yang akan menjadi juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan???

Acara dimulakan dengan alunan lagu kebangsaan iaitu lagu “Negaraku” dan diikuti dengan lagu “Kebesaran Negeri Perak” bagi menghormati Negeri Perak sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia XIX Perak 2018.

PMM mengambil langkah proaktif dengan membawa 9 orang Pegawai Teknikal Antarabangsa dari Badan Dunia IFMA untuk menjadi pengadil & Juri neutral pertandingan Sukan Muay, SUKMA Perak XIX 2018. Langkah proaktif ini bertujuan untuk memastikan perjalanan kejohanan ini lebih telus.

Sebanyak 25 bout dipertandingkan pada hari pertama. Salah seorang atlit dari tuan rumah Perak, Ha Ze Xiang telah memenangi perlawanan peringkat pertama menewaskan atlit Negeri Sembilan bagi kategori 57kg. 

No results found Searching... Please enter 1 or more characters Please delete some character The results could not be loaded. Loading more results… Selection too big